Seminar Keusahawan Berbaloikah ???

This slideshow requires JavaScript.

Saya perhatikan… seminar besar-besaran atau pun secara massal mula menjadi fenomena di Malaysia di perkenalkan oleh Dr. Aryi Ginanjar daripada ESQ 168 pada tahun 2009. Melihat kepada sambutan luar biasa yg diperolehi drp rakyat Malaysia, Dr Azizan Osman, mengambil pendekatan yg tepat dengan memperkenalkan seminar keusahawanan beliau kepada masyarakat umum dalam skala yg besar, meniru apa yg dibuat oleh Dr Aryi. Ini mencetuskan fenomena. Kejayaan beliau telah memberi inspirasi kepada usahawan lain meniru pendekatan beliau…

Begitu pun, ini bukanlah isu yg ingin diketengahkan. Persoalan yang timbul adalah lantaran banyaknya seminar sebegini kerap diadakan, tetapi para penganjur gagal memanfaatkan perkongsian ilmu perniagaan. Ada yg sesetengahnya hanya menceduk bulat-bulat daripada buku. Apabila soalan diajukan, maka jawapan yg diberi tidak membumi kepada peserta kerana kebanyakan penceramah bukanlah business practioners. Ada juga ilmu yg diajar sudah ketinggalan zaman… Umum tahu, dunia bisnes adalah serba mencabar dan sangat dinamik sekali. Jika penceramah masih di dunia sendiri dan syok dengan kejayaan silam, ingin saya nasihati, syarikat-syarikat gergasi juga gagal seperti apa yg berlaku kepada Kodak dan juga Nokia…

Berikut adalah beberapa nama figura-figura besar dan juga yg sedang menginjak naik yg saya tahu… (jika saudara/i tahu selain drp ini blh tambah diruangan komen)

  1. Irfan Khairi
  2. Dr Azizan Osman
  3. Sifu FBAds
  4. Khairi – LikeMethod
  5. Seminar pengurusan doc – nama dah lupa (><), haha
  6. Ibu Hanim – pembangunan staff

Lontaran idea, kritikan membina amatlah dialu-alukan bagi kami mendapat gambaran sebenar, kerana di luar sana banyak peserta meluahkan perasaan tak puashati disebabkan bayaran mahal tapi ilmu yg diberi taraf tadika; ada penceramah yang x mengikut perkembangan semasa (masih dengan kejayaan lama, yg dibuat duit sekarangnya adalah melalui berceramah, bis sebenar dah ‘hidup segan’); xdapat apa yg diharapkan drp penceramah, harap iklan je gempak; masih blur, xtau nak mula, penceramah xmenyelesai pun masalah kat kotak fikiran kami; dll lagi… kami ikhlas ingin mendengar luahan hati anda. TOLONG SHARE. lagi banyak pandangan, lagi tepat keputusan…

Tolong komen seperti

  • Siapa penceramah, apa yg diajar, apa jangkaan…
  • Berpuashati atau tidak dgn contents ceramah…
  • Apakah yuran terlalu membebankan…
  • Siapa lagi penceramah yg anda ikuti, dll..

***oleh kerana inilah MDeC melalui projek CSR mereka (percuma), memberi satu alternatif kepada rakyat -program percuma-, supaya berbaloi dengan masa yang mereka korban kan, pada seminar kali pertama lagi, mereka sudah mampu menjana pendapatan melalui online, terutamanya menerusi Media Sosial mereka.

Lagi coretan di …

>>>> facebook , >>>> instagram , >>>> twitter

Leave a comment